Kita sering membaca atau mendengar kuliah tentang kelebihan dan kebaikan yang bakal diperolehi dengan membaca dan mengamalkan kandungan Al-Quran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mengetahui kesan-kesan baik dengan melaksanakan segala kandungan Al-Quran.
Namun sejauh manakah tahap amalan kita terhadap tuntutan Al-Quran itu dilaksanakan. Sekiranya dikira dengan memberikan peratusan, angka berapakah yang kita perolehi daripada 100? Sama-samalah kita menganalisanya.
Disamping kita mengetahui kebaikan dan ganjaran atas segala perbuatan kebaikan dan kebajikan terhadap tuntutan Al-Quran, adalah amat wajar juga untuk kita mengetahui kesan buruk dan bahaya melalaikan atau melupakan Al-Quran. Apatah lagi meninggalkan terus Al-Quran, semoga dijauhkan.
Sebenarnya amat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia sekiranya mereka melupakan atau meninggalkan tuntutan Al-Quran. Kesan bahaya ini mungkin terkena kepada individu, komuniti masyarakat atau negara mengikut keadaan dan peringkat tuntutan Al-Quran itu sendiri.
Kesan kepada individu
1. Buta matahati
Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia di dunia ini. Siapa yang melupakan dan meninggalkannya tidak akan dapat melihat kebenaran Allah kerana matahatinya telah gelap dan ditutupi daripada cahaya kebenaran.
“Maka
tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka
dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata
itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada”
(al-Hajj: 46)
2. Keras hati
Hati
yang jauh dari petunjuk Allah menjadi keras dan sukar untuk menerima
kebenaran sehingga disifatkan oleh Allah lebih keras daripada batu.
“Belum
tibakah waktunya bagi orang-orang yang berimanuntuk secara khusyuk
mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada
mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah
menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang
sehingga hati mereka menjadi keras. Dan ramai diantara mereka menjadi
orang-orang fasik” (al-Hadid: 16)
3. Sempit dada
Apabila
kita bergantung kepada salain Allah (makhluk) maka kita akan
bergantung kepada sesuatu yang lemah dan tidak memiliki apapun. Kita
akan merasa sempit apabila bergantung selain kepada Allah apabila tidak
mampu memenuhi kehendak dan keinginan kita.
“Barangsiapa
yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan
membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang
dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak…”
(al-An’am: 125)
4. Lupa terhadap diri sendiri
Hubungan
Allah dengan hamba-hambaNya begitu dekat. Apabila hamba dekat
kepadaNya maka Allah lebih dekat lagi. Tetapi apabila hamba melupakan
Allah, maka Allah akan melupakan hambaNya, bahkan menjadikan mereka
lupa akan diri mereka sendiri.
“Dan
janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga
Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah
orang-orang fasik” (al-Hasyr: 19)
5. Fasiq
Fasiq
merujuk kepada golongan yang keluar dari batasan-batasan yang telah
ditentukan oleh Allah swt. Apabila kita melupakan Al-Quran atau
meninggalkannya, maka kita telah berada di luar batasan Allah swt
sedangkan semua itu disebutkan dan diperingatkan di dalam kitabNya.
“Sesungguhnya
Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih
kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka tahu bahawa itu
kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, “Apa maksud
Allah dengan perumpaan ini? Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang
dibiarkanNya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberiNya
petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu
selain orang-orang fasik” (al-Baqarah: 26)
Kesan kepada masyarakat
1. Kehidupan serba sulit
Allah
swt telah berjanji bahawa siapa yang berpaling dari ajaran yang telah
dibawa oleh nabi saw akan menerima balasan dalam kehidupannya. Kerana
petunjuk selain dari Allah mempunyai kekurangan dalam setiap sisi.
“Dan
barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sungguh dia akan
menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada
hari kiamat dalam keadaan buta” (Taha: 24)
2. Zalim dan hina
Apabila
kita lari dari keadilan yang ditunjukkan oleh Allah maka tempat untuk
kita adalah kezaliman kerana kita telah meletakkan sesuatu tidak pada
posisi yang sepatutnya menurut apa yang dikehendaki Allah.
Kebergantungan kepada selain Yang Maha Pencipta iaitu makhluk akan
melahirkan kehinaan.
“Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan
dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh,
Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang berdosa” (as-Sajdah:
22)
3. Nifaq
Nifaq
adalah sifat yang berbahaya bagi masyarakat dan bagi individu
tersebut. Hal ini kerana orang tidak mengetahui mereka dengan baik,
kerana pada zahirnya mereka seperti orang (muslim) lain. Tetapi Allah
Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati-hati mereka. Rasulullah saw
menceritakan sifat atau cirri-ciri nifaq dan meminta kita menjauhinya.
“Dan
apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah (patuh) kepada apa yang
telah diturunkan Allah dan (patuh) kepada Rasul,” (nescaya) engkau
(Muhammad) orang munafik menghalangi dengan keras darimu” (an-Nisa’:
61)
4. Sesat
Petunjuk
yang diturunkan oleh Allah swt adalah petunjuk yang jelas kebenaran.
Dinyatakan satu persatu oleh Allah swt hakikat-hakikat kebenaran ini
dengan bukti-bukti yang begitu jelas sehingga tidak ada lagi alasan
bagi mereka untuk berpaling setelah mereka mengaku beriman, kecuali
keingkaran mereka terhadap hakikat yang begitu jelas yang terbukti di
hadapannya. Inilah yang disebutkan kesesatan yang nyata.
“Tidakkah
engkau (Muhammad) memperhatikan orang-orang yang mengaku bahawa mereka
telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang
diturunkan sebelummu? Tetapi mereka masih inginkan ketetapan hukum
kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari
thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan)
kesesatan yang sejauh-jauhnya” (an-Nisa’: 60)
0 komentar:
Posting Komentar